Friday, January 12, 2018

Pengenalan Permainan

Apa itu Tutty Fruity Pie's?




Pemainan ini merupakan satu alat permainan yang dicipta daripada permainan Roda Impian dan ianya diubah menjadi satu permainan yang menarik dimana setiap roda tersebut mempunyai pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar negara yang menarik minat kepada kanak-kanak untuk mengenali buahan tersebut, untuk permainan ini murid dikenalkan dengan enam belas jenis buahan yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. 

Selain itu juga, huruf kayu juga dibekalkan bagi memudahkan kanak-kanak untuk memilih huruf yang dieja dan meletakkannya dan menyusun diruang yang disediakan, dan guru akan membantu kanak-kanak untuk memberikan penerangan terlebih dahulu cara yang digunakan sebelum aktiviti ini dijalankan.mainan ini merupakan satu alat permainan yang dicipta daripada permainan Roda Impian dan ianya diubah menjadi satu permainan yang menarik dimana setiap roda tersebut mempunyai pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar negara yang menarik minat kepada kanak-kanak untuk mengenali buahan tersebut, untuk permainan ini murid dikenalkan dengan enam belas jenis buahan yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Selain itu juga huruf kayu juga dibekalkan bagi memudahkan kanak-kanak untuk memilih huruf yang dieja dan meletakkannya dan menyusun diruang yang disediakan, dan guru akan membantu kanak-kanak untuk memberikan penerangan terlebih dahulu cara yang digunakan sebelum aktiviti ini dijalankan.


Sunday, January 7, 2018

Bahan -Bahan untuk Permainan Tutty Fruity Pie

        Assalamualaikum, Alhamdulillah akhirnya setelah beberapa kali percubaan, siap juga tugasan kami kali ini, teori mungkin mudah namun untuk merealisasikan permainan ini mencabar kami, tambahan pula ini kali kedua kami membeli "spinner" untuk mendapatkan "bearing" yang benar-benar sesuai untuk menjadikan pusingan roda yang kami cipta ini benar-benar sempurna.

       Permainan  yang kami cipta ini diadaptasikan daripada permainan " Roda Impian " dan kami olah menjadi permainan yang bertambah menarik dan ini akan memberi ransangan kepada kanak-kanak untuk terlibat dalam seisi pembelajaran ketika permainan dijalankan, dan seperti yang kita telah ketahui kanak-kanak ini tidak dapat lari dari untuk katakan tidak untuk bermain kerana naluri kanak-kanak itu memang suka untuk bermain samada secara individu mahupun dalam kumpulan.

Bahan Yang Kami Gunakan ( Boleh rujuk pada setiap gambar, Insha allah Mudah sahaja bahan yang kami gunakan

Huruf Kayu (Wooden Alphabet)

Gambar Pie

Double Tape

Salotape Blink

Gambar-gambar Buah Tempatan 

Black Tape

Gam Putih

Spinner

Gunting

Pisau 

kertas Pembalut

Papan Bingkai 


kalau ingin tengok kejadian yang kami berjaya ciptakan, jom 'scroll' sampai bawah ;)


Ini lah dia TUTTY FRUITY PIE ;)



Permainan ketika dilipat 

Permainan ketika berdiri

Pandangan dekat dari hadapan



Tutty Fruity Pie

Permainan

Assalamualaikum kepada semua Follower, kami ingin perkenalkan diri kami iaitu Cikgu Ain, Cikgu Rosmini dan Juga Cikgu Fadhilah.... Kami...

Tutty Fruity Pie's Kami