Friday, January 12, 2018

Pengenalan Permainan

Apa itu Tutty Fruity Pie's?




Pemainan ini merupakan satu alat permainan yang dicipta daripada permainan Roda Impian dan ianya diubah menjadi satu permainan yang menarik dimana setiap roda tersebut mempunyai pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar negara yang menarik minat kepada kanak-kanak untuk mengenali buahan tersebut, untuk permainan ini murid dikenalkan dengan enam belas jenis buahan yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. 

Selain itu juga, huruf kayu juga dibekalkan bagi memudahkan kanak-kanak untuk memilih huruf yang dieja dan meletakkannya dan menyusun diruang yang disediakan, dan guru akan membantu kanak-kanak untuk memberikan penerangan terlebih dahulu cara yang digunakan sebelum aktiviti ini dijalankan.mainan ini merupakan satu alat permainan yang dicipta daripada permainan Roda Impian dan ianya diubah menjadi satu permainan yang menarik dimana setiap roda tersebut mempunyai pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar negara yang menarik minat kepada kanak-kanak untuk mengenali buahan tersebut, untuk permainan ini murid dikenalkan dengan enam belas jenis buahan yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Selain itu juga huruf kayu juga dibekalkan bagi memudahkan kanak-kanak untuk memilih huruf yang dieja dan meletakkannya dan menyusun diruang yang disediakan, dan guru akan membantu kanak-kanak untuk memberikan penerangan terlebih dahulu cara yang digunakan sebelum aktiviti ini dijalankan.


Objektif Permainan Tutty Fruity Pie's


Objektif utama pengajaran dan pembelajaran ialah di mana kanak-kanak mencapai perkembangan yang maksimum, holistik, dan seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial . Setiap pengajaran dan pembelajaran akan  berkesan sekiranya kanak-kanak tersebut mencapai objektif tersebut. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik dan berkesan. Guru juga hendaklah terdedah kepada kemajuan sains dan teknologi masa kini serta mempunyai inisiatif untuk meneroka sesuatu dan mengaplikasikan nya di dalam kelas.

Kebaikan Permainan Tutty Fruity Pie



Untuk permainan ini terdapat pelbagai kebaikan yang boleh didapati bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan terhadap guru dan juga ibubapa ini kerana dengan permainan ini akan membantu kanak-kanak untuk bermain dengan menyeronokkan. Bagi guru, permainan yang dicipta ini dapat digunakan ketika seisi pembelajaran mengikut tema seperti buah-buahan, warna, bentuk, rasa dan sebagainya, dan ini akan menjadikan seisi pembelajaran yang kondusif dan ianya dapat menjadikan pembelajaran yang baru dan memberi kanak-kanak berasa teruja dan seronok.

            Permainan ini menggunakan gambar yang berwarna dan warna yang sebenar digunakan dan ditampal bagi menjadikan permainan tersebut dapat menarik minat kanak-kanak dan ianya juga diletakkan berselang seli diantara buahan tempatan dan buahan Luar negara. Manakala kebaikan dari sedut fizikal pula kanak-kanak dapat melatihkan jari mereka dengan kemahiran memusing carta dengan cara yang betul dan ini akan memberi peningkat didalam kemahiran motor kasar mereka. Tambahan pula dengan permainan tersebut dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan secara tidak langsung dapat menambahkan perbendaharaan kata kepada kanak-kanak dengan menyebut pelbagai jenis buah-buahan dan memahirkan kanak-kanak untuk mengeja nama buah-buahan.

            Tambahan pula permainan ini juga dapat membantu ibubapa dimana dapat mewujudkan dan mengeratkan silaturrahim yang mana ia dapat dijadikan satu permainan yang menguji minda dan boleh dimainkan dan berkongsi bersama-sama.

Merujuk kepada struktur yang kami ciptakan ini antara kebaikan yang dapat dilihat ialah dimana permainan ini mudah disimpan, dibawa kemana-mana dan dilipat serta memberikan kemudahan kepada guru mahupun ibu bapa untu meletakkan permainan tersebut serta struktur yang kukuh dapat memberikan ketahanan permainan tersebut tambahan pula ianya dapat menjimat ruang.


Jangan Lepaskan peluang ini, untuk promosi pertama kalinya kami ingin menjual Permainan ini dengan harga Hanya RM40 sahaja, penghantaran percuma untuk area lembah klang, boleh hubungi kami dengan membuat tempahan di email  noraini.matsaad85@gmail.com atau hubungi Cikgu Noraini 013 2588658 untuk keterangan lanjut.

Guru memperkenalkan cara bagaiman bermain permainan tersebut




Murid menyusun huruf mengikut susunan



Murid Bermain Permainan Tutty Fruity Pie








No comments:

Post a Comment

Tutty Fruity Pie

Permainan

Assalamualaikum kepada semua Follower, kami ingin perkenalkan diri kami iaitu Cikgu Ain, Cikgu Rosmini dan Juga Cikgu Fadhilah.... Kami...

Tutty Fruity Pie's Kami